Penyediaan dan Pembuatan Makanan
(HT-012-2:2012 & HT-012-3:2012)Menyedia dan memberi peluang latihan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR / SPM / SPMV dalam Bidang Hospitaliti secara amnya dan Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan secara khususnya mengikut piawaian Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Sumber Manusia bagi memenuhi keperluan industri.
Program SKMPengenalan
Program Penyediaan dan Pembuatan Makanan adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan yang digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
Pensijilan
Pelatih-pelatih yang telah terampil akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut Tahap 2 dan 3. Pembelajaran tahap 2 dan 3 di Suria College of Hospitality.
- SKM Tahap 2 : 9 Bulan
- SKM Tahap 3 : 1 Tahun 9 Bulan
Syarat-Syarat Lain
Berumur 17 tahun -35 tahun
Warganegara Malaysia
Boleh membaca, menulis dan mengira
Sihat tubuh badan dan bebas diri daripada dadah
Bagi permohonan untuk Tahap 2 atau 3 mestilah mempunyai tahap sebelumnya dari mana-mana institusi yang telah ditauliahkan oleh JPK-KSM
Pengambilan Pelajar
Pengambilan pelajar 4 kali setahun iaitu pada bulan Januari, April, Julai dan Oktober. Hebahan pengiklanan disiarkan di media cetak, media elektronik dan road tour.